Message from Y.B. Dato’ Aziz Shamsuddin, Deputy Education Minister
Ledakan teknologi maklumat yang pesat merupakan medium utama kepada agenda globalisasi. Pengaruh globalisasi menjangkau ekonomi, teknologi, bahasa, budaya, ideology, pendidikan dan dari segenap aspek kehidupan masyarakat. Perubahan teknologi terutamanya perkembangan pesat yang berlaku dalam teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) telah mengubah cara kita berfikir dan berkomunikasi. Generasi muda harus mempunyai ilmu dan kemahiran dalam teknologi ini. Disinilah rasionalnya kerajaan khususnya Kementerian Pendidikan Malaysia bertindak merealisasikan matlamat ini dalam pendidikan bermula dari peringkat sekolah rendah ke peringkat pengajian tinggi. Anjakan paradigma harus berlaku kerana masa tidak menunggu kita lagi. Warga pelajar harus disediakan untuk menguasai dan menerokai medium teknologi maklumat dan perkembangan ilmu pengetahuan untuk memampukan mereka mampu bersaing dalam dunia global. Gelombang baru yang berlaku dalam pendidikan dengan menggunakan teknologi maklumat wajib diterima. Keprihatinan kerajaan dalam isu ini di kalangan generasi muda sepatutnya disahut oleh semua pihak bagi memastikan kemampuan kita bersaing menguasai maklumat serba canggih. Perjuangan bangsa bukan sahaja terletak diatas bahu kita tetapi kita harus berganding bahu dengan generasi sekarang. Disini jelas menunjukkan komitmen kerajaan dalam merealisasikan cita-cita murni ini. Bertitik tolak dari inilah usaha Edu-2U Portal Sdn.Bhd. harus dipuji. Inisiatif syarikat ini harus dilanjutkan ke seluruh negara. Badan-badan kerajaan dan swasta sepatutnya mengambil tanggungjawab dan bertindak untuk memastikan usaha ini direalisasikan. |
saya ingin berkongsi maklumat kepada rakan niaga dan segala perjalan terkini serta di harapa blog ini dapat membantu mereka yang ini mengetahu lebih lanjut berkaitan skore a program dengan lebih lanjut
Feb 25, 2010
ucapan oleh mantan timbalan menteri pelajaran berkaitan score a prgram semasa di lancarakn
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




No comments:
Post a Comment